Pada tanggal ini, 40 tahun yang lalu, satu peristiwa berdarah telah melanda
Ya, peristiwa berdarah tersebut ialah peristiwa 13 Mei 1969.
Boleh dikatakan separuh daripada rakyat Malaysia pada masa ini tidak pernah berada dalam suasana 13 Mei itu sendiri, atau ayat lainnya, kebanyakan daripada kita rakyat bumi bertuah ini tidak pernah merasai pengalaman ‘hands on’ ketika kejadian tersebut tercetus di Kuala Lumpur. Cerita-cerita yang kita dengar juga berbeza mengikut pengalaman si pencerita, sama ada dia adalah seorang wartawan, askar dan polis yang bertugas atau hanya seorang rakyat biasa yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Walau apa jua perbezaan dari struktur cerita, berpunca dari pelbagai faktor berbeza; pengalaman si penyampai cerita, pandangan ahli politik, pandangan diplomat dan konsular luar serta lain-lain sebab; masih terdapat persamaan yang tidak langsung boleh kita pertikaikan – Peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu titik hitam yang sangat gelap dalam sejarah negara kita dan tidak seharusnya dibiarkan berulang.Ia perlu dihalang menggunakan apa jua cara sekalipun.
Peristiwa 13 Mei 1969 juga telah menjadi salah satu pemangkin, secara tidak langsung, kepada pembangunan negara kita pada hari ini. Bermula dari situ, pelbagai dasar diwujudkan oleh Kerajaan untuk memastikan keharmonian kaum, baik dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Dari situ wujudnya Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara dan sebagainya yang menjadi pemangkin pembangunan negara selepas peristiwa berdarah tersebut.
Namun, terdapat kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu dewasa ini untuk menghalang generasi muda pada dari terus mengingati peristiwa ini, atas dasar ia adalah satu kejadian rusuhan yang tidak patut menjadi rujukan kerana telah lama berlalu. Malah pihak-pihak ini juga cenderung untuk mengubah ukiran sejarah yang telah diterima pakai selama ini dan
Mungkin mereka lupa akan kepentingan sejarah. Sememangnya tidak ada pihak yang mahu kejadian seperti itu berulang kembali, lebih-lebih lagi dengan apa yang sudah kita miliki pada hari ini; kemakmuran ekonomi, kepesatan pembangunan, kestabilan sosial (walau ada yang
Mohd Redzuan Bin Mohamed Yusoff
Yang Di-Pertua,
GPMS Cawangan Khas UIAM
0 komen:
Post a Comment