Suara Mahasiswa Berkenaan Isu di Palestin.

Jan 12, 2009


Bertempat di pejabat GPMS di Sentul, telah diadakan satu perjumpaan antara Presiden GPMS sendiri iaitu Dato' Reezal Merican Naina Merican, dengan wakil GPMS UIAM,wakil GPMS Kolej Islam, wakil PKPIM UIAM dan juga beberapa wakil GPMS dari cawangan lain sempena isu semasa iaitu kekejaman Israel terhadap Palestin.Turut diundang menyertai majlis perbincangan tersebut ialah saudara Muslim,rakyat Palestin yang juga merupakan warga UIAM. Beliau juga merupakan wakil Jawatankuasa Al-Aqsa Friends and Society UIAM. Wakil dari Persatuan Puteri Islam juga turut hadir dalam perbincangan itu.

Perjumpaan ini membincangkan tentang cadangan-cadangan yang dapat dilakukan untuk menunjukkan kesedaran dan pertolongan yang dapat dilakukan oleh mahasiswa Islam terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin. Antara cadangan perbincangan yang dilakukan ialah;

-mewujudkan satu gerakan mahasiswa atau sekretariat yang menggabungkan kesemua persatuan mahasiswa dan juga NGO untuk mengetahui keadaan di Palestin

-mengadakan solat hajat besar-besaran secara berjemaah yang insyaAllah akan diadakan pada 22 Januari 2009 di Masjid Wilayah.

-memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran tentang isu di Palestin

-melancarkan laman web khas yang terdiri daripada persatuan-persatuan terlibat dan laman web ini akan mendapat pandangan dan respon masyarakat seluruh dunia berkenaan isu-isu di Palestin

Semoga cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin yang belum dapat menentukan nasib mereka di tanah mereka sendiri.

Tahun Baru 2009

Jan 11, 2009

Tahun silih berganti. Kali ini giliran 2009. GPMS UIAM tidak ketinggalan menyambut kemeriahan tahun baru ini. Bertempat di banglo GPMS iaitu di Jalan Sultan Salahudin(belakang Bank Negara Malaysia), satu majlis makan malam yang santai telah diadakan. Ukhuwah keluarga GPMS dilihat amat rapat walaupun datang dari berlainan cawangan.

Antara yang hadir pada hari itu ialah wakil GPMS Wangsa Maju, wakil GPMS Kolej Islam, wakil GPMS UM dan juga wakil GPMS UIAM sendiri.Let the pictures do the talking.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP