kursus asas fasilitator, UNIKL MSI

Mar 7, 2010







Tanggal 26 Mac-28 Mac 2010, GPMS UIAM menerima program jemputan sebagai fasilitator kepada peserta2 Kursus Asas Fasilitator (KAF) UniKL MSI kali ke-2.

Program tersebut dirasmikan oleh Presiden GPMS sendiri, saudara Jais B.Karim, dan dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi, dan wakil2 dari GPMS cawangan dan cawangan khas lain.

Kami amat berbesar hati dan berterima kasih di atas jemputan sebagai fasilitator dan dapat berkongsi ilmu sedikit sebanyak dengan ahli2 GPMS Cawangan Khas UniKL MSI yang menyertai KAF ini.

Diharap kerjasama diantara GPMS Cawangan Khas UIAM dan GPMS Cawangan Khas UniKL MSI dapat diteruskan untuk program-program yang akan datang. =)

Program Motivasi Fasa 1 Sek Keb Sg Buaya, Rawang

Feb 16, 2010


GPMS UIAM telah menerima satu program jemputan oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya (SKSB) di Sungai Buaya, Rawang untuk menjalankan Program Motivasi Fasa 1 bersama pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.


Seramai 20 orang fasilitator dari GPMS UIAM dan 72 orang murid terlibat dalam menjayakan program ini. Syukur alhamdulillah kerana program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu berjalan lancar.

antara aktiviti bersama murid-murid

perbincangan dalam kumpulan


majlis penutup

Daripada pihak GPMS UIAM, kami berharap agar SKSB dapat lagi bekerjasama untuk program-program akan datang supaya dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam bidang pendidikan, duniawi dan ukhrawi.

kepala babi dilempar di masjid : apa motif sebenar?

Jan 26, 2010

Tanggal 27 Januari digemparkan dengan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam apabila dua kepala babi hutan dan duit berjumlah rm35 ditemui di sebuah masjid di Taman Datuk Harun pagi tadi. 4 kilometer dari jarak lokasi itu, terdapat dua lagi kepala babi hutan ditemui di sebuah masjid juga bersama wang lebih kurang rm35.


Isu ini dikutuk sekerasnya kerana ia bakal melahirkan rasa tidak puas hati dan pergaduhan antara masyarakat di Malaysia, khususnya dari segi keagamaan. Selain itu, kejadian ini disyaki adalah susulan daripada kejadian pembakaran gereja atas penggunaan kalimah Allah.

Masyarakat tidak perlu cepat melenting, sebaliknya mencari medium yang betul dan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia dapat mengelakkan perbalahan yang mungkin akan menjadi semakin tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Untuk menjaga keharmonian sejagat, isu-isu seperti ini tidak boleh diambil mudah dan perlu ditangani segera secara berhemah, dan bukan melalui serang balas yang tidak bermaruah seperti ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP