Program Bersama Pesatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(Pertis)

Jun 25, 2009

Kami bertolak dari UIA dalam pukul 5.15 petang dan sampai ke Pusat Orang Buta di Jalan Tun Sambathan dalam lingkungan 6.55 petang Dimulakan dengan solat asar,magrib dan isyak bersama-sama dengan orang-orang yang kurang berupaya, walaupun mereka cacat penglihatan, mereka tetap terus menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang orang Islam. Rombongan kami disertai seramai 145 orang termasuk kami sekali.

Rombongan kami bertolak dari Pusat Orang Buta dalam pukul 9.30 petang untuk pergi ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yg terletak di Bangi. Kami sampai di ILIM dalam pukul 11.30 p.m. Kami semua dikehendaki mendaftar mendaftar masuk di asrama yang telah disediakan oleh pihak ILIM. Kami dan sukarelawan yang lain membantu memberi makanan kepada mereka.

Hari kedua, pada jam 830 pagi, kami membawa rombongan ini untuk pergi ke dewan makan untuk sarapan pagi seperti biasa tugas kami memberi makanan kepada mereka. Selepas makan, kami membawa mereka ke Dewan Auditorium ILIM untuk menghadiri Mesyuarat Agung kali ke-14 Tahun 2009 Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis). Semasa dalam dewan, kami dimaklumkan bahawa mesyuarat kali ini dihadiri wakil-wakil dari negeri lain seperti Pahang, Kelantan, Terengganu, dan Negeri Sembilan. Kami sangat-sangat terkejut kerana salah seorang dari mereka merupakan bekas Qariah yang wakil dari Negeri Sembilan yang pernah menjuarai tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan bagi orang-orang yang cacat penglihatan.

Dalam mesyuarat kali ini juga, pihak JAKIM dengan berbesar hati menyampai naskah Al-Quran Braille kepada beberapa orang yang terpilih. Dalam pukul 1.15 p.m ditangguhkan sementara untuk memberi laluan kepada makan tengah hari dan solat. Seperti biasa tugas kami memberi makan kepada mereka. Selepas makan, kami membawa mereka ke bilik masing-masing untuk solat dan beristirehat. Dalam pukul 2.30 p.m kami dikehendaki berkumpul di dewan di mana mesyuarat bersidang tadi untuk meneruskan atur cara seterusnya.

Agenda utama mesyuarat ini sebenarnya untuk melantik ahli baru untuk jawatan Naib Yang Di-Pertua,Bendahari dan Setiausaha. Walaupun mereka cacat penglihatan, mereka masih mampu mengundi dengan cara, sekiranya mereka ingin mengundi calon yang disebutkan, mereka dikehendaki bangun dan tugas kami dan sukarelawan yang lain mengira. Walaupun mereka tidak pernah melihat calon-calon yang terlibat, mereka cuma memilih berdasarkan suara mereka sahaja. Selepas sesi mengundi telah tamat, agenda-agenda yang lain di teruskan. Mesyuarat tamat pada pukul 5.30 kami dikehendaki untuk mendaftar keluar (check-out).

Kami bergerak balik dalam sekitar pukul 6.05 dari ILIM dan sampai ke Pusat Orang-orang Buta dalam pukul 7.30 p.m. kebanyakkan mereka balik dengan keluarga masing-masing. Kami balik ke UIA selepas semua ahli rombongan balik.


Azleen Ibrahim
Penolong Setiausaha, GPMS UIAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP