kepala babi dilempar di masjid : apa motif sebenar?

Jan 26, 2010

Tanggal 27 Januari digemparkan dengan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam apabila dua kepala babi hutan dan duit berjumlah rm35 ditemui di sebuah masjid di Taman Datuk Harun pagi tadi. 4 kilometer dari jarak lokasi itu, terdapat dua lagi kepala babi hutan ditemui di sebuah masjid juga bersama wang lebih kurang rm35.


Isu ini dikutuk sekerasnya kerana ia bakal melahirkan rasa tidak puas hati dan pergaduhan antara masyarakat di Malaysia, khususnya dari segi keagamaan. Selain itu, kejadian ini disyaki adalah susulan daripada kejadian pembakaran gereja atas penggunaan kalimah Allah.

Masyarakat tidak perlu cepat melenting, sebaliknya mencari medium yang betul dan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia dapat mengelakkan perbalahan yang mungkin akan menjadi semakin tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Untuk menjaga keharmonian sejagat, isu-isu seperti ini tidak boleh diambil mudah dan perlu ditangani segera secara berhemah, dan bukan melalui serang balas yang tidak bermaruah seperti ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP