Tentang Kami

MUKADIMAH GPMS

Kami pelajar Melayu
yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS
untuk menghadiri Persidangan Penubuhan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur
pada 14 dan 15 Ogos 1948.

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak,
mengemukakan segala permintaan
dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

--------------------------------------------------------------------------
GPMS merupakan singkatan untuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia dan GPMS Cawangan Khas UIAM merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh cawangan gpms di Malaysia. Dengan satu matlamat, iaitu memperjuangkan pendidikan bangsa Melayu, GPMS tidak gentar dalam mengharungi cabaran dalam perjuangan.

GPMS Cawangan Khas UIAM terdiri dari 14 orang ahli majlis tertinggi yang berkerja keras untuk menaikkan kembali nama GPMS Cawangan UIAM ini.



Ahli Majlis Tertinggi GPMS Cawangan Khas UIAM:

President : Muhammad Eizaaz b. Muhammad Redzuan
Deputy President : Mohd Salleh b. Togimin
President (I): Mohd Asyraf b. Noris
(II): Muhammad Raafiq b. Zakaria
(III): Nashrul Haziq b. Mohd Nasir
Secretary : Nur Inani bt. Zainuddin
Treasurer : Nur Atiqah bt. Othman
Head of
Information : Muhammad Ridhwan b. Jalaludin

Exco:
(i) Mohd Hairi Shazwan b. Jali
(ii) Mohd Nazmi b. Mohd Zaki
(iii) Mohd Firdaus b. Zawani
(iv) Nur Fadilah bt. Tugiman
(v) Marhanis Shazwani bt. Mohd Fuat
(vi) Nur Hidayah bt. Muzamil


Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan ke gpms_uiam@yahoo.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP