Kg Lorong Buah Pala : Bukan Salah Orang Melayu!

Jul 14, 2009

Kampung Lorong Buah Pala, Pulau Pinang. Secara tiba-tiba, kampong kecil dan tersorok di Pulau Pinang ini menjadi kampung paling terkenal di Malaysia, malah mungkin dengan bantuan dan sokongan HINDRAF, hingga ke India dan Britain.

Lonjakan populariti kampung ini bukanlah disebabkan oleh kemenangan salah seorang penduduk di dalam Anugerah Oscar, Hadiah Nobel ataupun tokoh pemimpin. Malah, kampung ini juga tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan antara kampung; baik kampung paling aman, ceria, bersih ataupun apa jua.

Lonjakan populariti ini adalah kerana berlaku ‘clash of interests’ atau perlagaan kepentingan diantara penduduk kampung dan pemaju projek yang telah mendapat arahan mahkamah untuk mengambil tanah tersebut.

Melalui bacaan umum (Surat Khabar, Berita), penduduk hanya mendapat lesen kependudukan sementara (temporary occupation license). Mengikut peruntukan undang-undang, kebenaran jenis ini bukanlah kekal selama-lamanya malah perlu diperbaharui setiap akhir tahun. Dan jika pihak kerajaan negeri terbabit enggan meluluskan permohonan perbaharuan tersebut, maka si pemohon perlu mengosongkan tanah tersebut. Malah, mengikut undang-undang, pihak kerajaan negeri mampu untuk mengambil tanah hak milik kekal sesiapa jua dengan pampas an yang sesuai.

Apa yang menjadi isu di kampung Lorong Buah Pala adalah janji kerajaan negeri (DAP pimpinan Lim Guan Eng) yang telah berjanji ketika kempen Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) untuk membela nasib penduduk kampung tersebut. Menurut wakil penduduk, selepas PRU-12, pihak kerajaan negeri tidak menunaikan janji sehingga Mahkamah Persekutuan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk mengosongkan tanah sebelum 4 Ogos.

Malangnya, wakil penduduk telah mengeluarkan amaran berbentuk perkauman, dan amaran ini telah disiarkan melalui televisyen. Menurut wakil penduduk tersebut, masalah ini akan menjadi masalah perkauman kerana pihak pemaju adalah orang Melayu (masih tidak dapat dipastikan). Jika benar sekalipun pihak pemaju adalah Orang Melayu, perkara ini tidak wajar dijadikan isu perkauman. Pihak pemaju hanya menjalankan hak mereka mengikut undang-undang, bukannya merampas hak penduduk kampung.

Arahan daripada mahkamah telah dikeluarkan, notis sebulan telah diedarkan (sehingga seluruh negara tahu), malah penduduk sendiri memberi respons panas, membuktikan mereka faham akan arahan tersebut. Segala masalah yang timbul adalah antara mereka dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berdasarkan janji yang ditaburkan (itupun jika ada!), dan arahan mahkamah yang dibuat mengikut lunas-lunas perundangan. Yang jelas, orang Melayu tidak langsung terlibat!

Selama inipun, telah terdapat pelbagai kejadian yang sama melibatkan tanah-tanah diduduki orang-orang Melayu di Pulau Pinang yang diambil oleh kerajaan negeri atas tujuan pembangunan. Contohnya, tanah-tanah di Tanjung Tokong yang diambil dan dibina kondominium yang jelas tidak mempu dimiliki Orang Melayu, tidak pula orang-orang Melayu menyatakan amaran berbentuk perkauman kepada orang Cina atas alasan pihak pemaju adalah CIna. Malah, isu ini tidak mendapat perhatian pun!

GPMS UIAM mengutuk sekeras-kerasnya amaran berbaur perkauman dari pihak wakil penduduk Kg Lorong Buah Pala terhadap orang Melayu. Masalah yang anda hadapi bukanlah salah orang Melayu. Anda telah memilih kerajaan negeri anda berdasarkan janji mereka; tuntut janji tersebut dari mereka. Jangan sesekali mambakar semangat perkauman. Tidak ada siapa mahu pertempuran berdarah berulang kembali!!!

MOHD REDZUAN BIN MOHAMED YUSOFF

YDP,

GPMS CAW KHAS UIAM

012-664 6907

3 komen:

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

GPMS UIAM said...

Terima kasih kepada GPMS cawangan Wangsa Maju.
Salam persahabatan anda disambut seikhlasnya oleh GPMS UIAM.

InsyaAllah, blog ini akan dimantapkan lagi pada masa akan datang.

=)

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

GPMS Cawangan Wangsa Maju ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih khas buat Crew GPMS UIAM yang terlibat dalam Program Bual Bicara : Remaja dan Masa Depan.

Jasa dan pengorbanan anda akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.

Semoga kerjasama ini dapat kita pereratkan lagi selepas.

Kami juga menyusun jari memohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan sepanjang program ini berjalan.

Sekian, Salam Ikhlas khas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan
Ketua Editor Blog dan
Setiausaha Prgm Bual Bicara:Remaja dan Masa Depan,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU

serta kesemua CREW GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP